JAWI RCS V 5.0

Hubungi Kami

Arkib Ilmu

Page 1 of 6  > >>

Jun 24, 2009
Category: Agama
Posted by: admin

APAKAH hubungan di antara anak halal dengan anak yang dilahirkan hasil hubungan sulit dengan wanita seperti perempuan simpanan?

Walaupun secara biologinya mereka berkongsi bapa sama, adakah mereka boleh dikira adik beradik jika si bapa dan perempuan simpanannya bernikah kelak?


Adakah anak luar nikah mempunyai hak sama seperti anak yang dilahirkan melalui perkahwinan yang sah?

Hal ini menjadi sulit kerana si bapa lebih mementingkan kebajikan anak luar nikahnya dan semua keperluan mereka dipenuhi, termasuk menyara kehidupan mereka anak beranak.

Alasan yang diberikan ialah isterinya bekerja dan ada pendapatan menyara diri sendiri dan anak, sedangkan semua perbelanjaan rumah (termasuk sewa rumah, belanja dapur dan persekolahan anak) ditanggung si isteri.

Adakah sah perkahwinan yang dinikahkan jurunikah luar (dari negara jiran) yang tidak mendapat pentauliahan daripada kerajaan?
 

MELAKA HARI INI

PRODUK DAN INOVASI INKUBATOR K-EKONOMI:APLIKASI JAWI RCS V.5

 

Desakan memartabatkan Jawi tidak pernah menjadi isu basi malah ia sentiasa relevan dengan pelbagai situasi.
Pejuang tulisan Jawi Mohammad @ Mokhtar Talib (Pak Matlob) berkata, ada sahaja pejuang dan pencinta Jawi meminta tulisan Jawi diberi keutamaan dan diajar kepada elajar Melayu di sekolah.
Menurutnya, cara lain untuk menghidupkan tulisan Jawi di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini ialah menerusi memperbanyakkan perisian komputer menggunakan huruf Jawi.
"Sesuai dengan perkembangan pesat Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) pada massa ini, ia perlu menjadi budaya bermula sekarang," ujarnya.
Beliau berkata, masyarakat seharusnya berbangga kerana usaha bagi memartabatkan Jawi menerusi ICT dibidang pendidikan (flagship e-pendidikan) direalisasikanoleh Ramadhan Consultancy Services Sdn Bhd yang beroperasi di Inkubator K-Ekonomi.
Sementara itu, pengurus besar Ramadhan Consultancy Services Sdn Bhd, Datuk Kamarudin Hamzah berkata, perisian ini telah digunakan oleh 50,000 murid sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam (JAIM).
"Alikasi ini telah diuji dan telah terbukti keberkesanannya melalui latihan-latihan dan kursus yang diadakan di sekitar negeri ini," katanaya.
Beliau berkata, kelebihan aplikasi Jawi RCS V.5 itu ialah untuk diaktifkan, mempunyai bar alatan Jawi Multikey di dalam perisian Microsoft Office, mempunyai transliterasi fonetik di mana huruf Jawi menyamai sebutan Rumi dan mempunyai 13 jenis font yang disediakan.
Jelas beliau, aplikasi itu menggunakan sistem operasi Windows sebagai platform, menyediakan tiga bentuk tulisan Jawi, Rumi dan Arab serta penulisan teks Jawi, Rumi dan Arab menggunakan papan kekunci biasa.
"Dengan harga yang ditawarkan iaitu RM88.00 bagi setiap unit, orang ramai boleh mendapatka terus daripada syarikat Ramadhan Consultancy Services Sdn Bhd di talian 06-2318892," jelasnya.
Selain itu jelasnya, Kerajaan negeri sentiasa mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat yang beroperasi di Inkubator K-Ekonomi.
Menurutnya, antara mekanisma yang ditawarkan adalah dengan highlight produk dan perkhidmatan oleh syarikat tersebut dengan lawaatan yang dijalankan. oleh badan-badan agensi luar negara.
"Bagi produk yang dihasilkan oleh Ramadhan Consultancy Services Sdn Bhd telah mendapat perhatian daripada Jeddha Chamber of Commerce and Industry, Saudi Arabia yang telah membuat lawatan pada 26 September 2005," katanya.
Sehubungan itu, dengan status inkubator MSC, pegawai-pegawai dari Multimedia Development Corporation (MDC) sentiasa bekerjasama bagi mempromosikan Inkubator K-Ekonomi di mata dunia dan seterusnya memberi faedah kepada syarikat yang beroperasi di Inkubator K-Ekonomi. di Melaka.

Previous page: HARIAN METRO  Next page: BERITA HARIAN 

 

center

© Copyright 2004-2010 - CMS Made Simple

This page has been viewed 1351 times