HARIAN METRO
PERISIAN JAWI PALING MUDAH
Jawi RCS V.5 ialah aplikasi Jawi yang dibangunkan oleh Ramadhan Consultancy Services Sdn Bhd, khusus untuk pencinta tulisan Jawi menggunakan kaedah paling mudah dan menarik.
Penulisan Jawi,Rumi dan Arab dibuat pada satu masa, tanpa menukar atau mengubah papan kekunci.
Menerusi perisian ini, semua orang dapat menulis Jawi dengan mudah dan selesa kerana setiap huruf Jawinya mengikut sebutan Rumi (Fonetic Transliteration) dengan 13 jenis tulisan (khat) yang menarik.
Fungsi dan operasi Jawi RCS V.5 menggunakan Microsoft Office yang sedia ada tanpa mengubah sebarang arahan.
Ia juga boleh digunakan di dalam aplikasi lain seperti PowerPoint, Publisher, Excell dan lain-lain aplikasi Microsoft Office
Pengguna tidak memerlukan Windows Arabic untuk mengaktifkan Jawi RCS V.5, malah ia dilengkapi dengan kamus Rumi-Jawi untuk memudahkan membuat rujukan.
![]()

JAWI RCS VERSION 5.0 UNIK
Pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkan tulisan Jawi dikalangan masyarakat Malaysia khususnya Melayu, agar ia tidak terus di telan zaman dan dilupakan begitu sahaja sedangkan ia tulisan Al-Quran
Menyedari hakikat itu, Ramadhan Consultancy Servics Sdn Bhd membangunkan aplikasi perisian Jawi untuk pelbagai kegunaan kerana ia memudahkan lagi tugasan harian dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi.
Penggunaan aplkasi Jawi RCS V.5 lebih kepada penggunaan pemprosesan perkataan dan ianya mempunyai kesepaduan penuh dengan aplikasi lain seperti yang ada dalam Microsoft Office, antaranya Words, PowerPoint, Publisher dan Excell.
Pengguna tidak memerlukan Windows Arabic untuk mengaktifka Jawi RCS Version 5.0, malah ia dilengkapi dengan kamus Rumi-Jawi untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.
Ia mudah dipasang.Pengguna hanya perlu memasukkan CD ke pemacunya ikut beberapa arahan seterusnya.Pastikan yang asli kerana nombor siri ada di belakang kotak CD
Perisian ini juga kekal di PC dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa penggunaan peralatan sokongan lain.
Kepada pengguna yang biasa dengan kekunci Jawi, tentu tiada masalah. Bagaimanapun lakaran pelan kekunci Jawi atau pelekat huruf Jawi boleh diperolehi dengan mudah di pasaran.
Menariknya, perisian ini berbeza dari yang lain kerana ia memiliki huruf 'ca' dan 'nya' yang banyak digunakan dalam Bahasa Melayu. Ia juga boleh membuat baris bagi ayat Al-Quran.
Sesuatu yang unik mengenai Jawi RCS V.5 ialah keupayaannya menterjemah dari tulisan Rumi ke Jawi. Keupayaan itu memudahkan pengguna yang kurang mahir dengan ejaan Jawi.
Pengguna hanya perlu menaip dalam ejaan Rumi dan perisian pintar ini akan menterjemahkannya ke dalam ejaan Jawi secara langsung.
Ciri unik ini dibangunkan sedemikian rupa oleh cendekiawan tempatan yang menggunakan kaedah 'Fonetic Transliteration' atau bunyi mengikut ejaan Rumi.
Dalam pada itu, unutk mempelbagaikan lagi keupayaannya, disediakan juga 13 jenis tulisan (khat) yang termaktub di dalam standard antarabangsa tulisan Jawi.
Ketika menguji pakai perisian ini, walaupun kurang mahir dengan ejaan Jawi, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah. Sebelum anda mengaktifkan Jawi RCS V.5 ini, beberapa langkah tertentu perlu diikuti.
Aktifkan aplikasi yang hendak digunakan bersama Jawi RCS V.5 itu, misalnya Microsoft Word.
Selepasa itu, klik butang 'Start' dan pilih 'All Programs'. Kemudian pilih folder RCS Jawi V.5 dan klik ikon Jawi RCS.
Paparan 'Multikeys-Latin Default' akan terpapar pada 'Address Bar'. Klik kanan pada 'Multikeys-Latin Default' dan pilih 'Notification Area'.
Selepas itu, ikon Jawi RCS akan berpindah ke penjuru sebelah kanan 'Address Bar'.
Klik ikon Jawi RCS dan pilih Jawi. Kemudian tukar font ke 'Jawi Nask DT'. Tukarkan saiz 'font' yang sebaiknya 20 ke atas dan tukar jajaran teks dari kanan ke kiri.
Selepas itu, bolehlah menggunakan aplikasi ini seperti biasa.
Perlu diingatkan, untuk memadan kesalahan ketika menai, tekan kekunci 'DELETE' dan jangan menggunakan 'BACKSPACE' kerana jajaran teks telah berubah arah.
Untuk memindahkan kursor ke barisan bawah pula, tekan 'END' disusuli butang 'ENTER'.
Penggunaan sain 'font' 20 keatas adalah untuk paparan yang jelas, manakala unutk mencetak pula, gunakanlah saiz mengikut kehendah sendiri.
Buat masa ini, Jawi RCS Version 5.0 hanya boleh digunakan di atas platform Windows.
Penulis mencadangkan agar ia dibuka pada platform Apple Mac dan Linux.
![]()
