JAWI RCS V 5.0

Hubungi Kami

Arkib Ilmu

Page 1 of 6  > >>

Jun 24, 2009
Category: Agama
Posted by: admin

APAKAH hubungan di antara anak halal dengan anak yang dilahirkan hasil hubungan sulit dengan wanita seperti perempuan simpanan?

Walaupun secara biologinya mereka berkongsi bapa sama, adakah mereka boleh dikira adik beradik jika si bapa dan perempuan simpanannya bernikah kelak?

Adakah anak luar nikah mempunyai hak sama seperti anak yang dilahirkan melalui perkahwinan yang sah?

Hal ini menjadi sulit kerana si bapa lebih mementingkan kebajikan anak luar nikahnya dan semua keperluan mereka dipenuhi, termasuk menyara kehidupan mereka anak beranak.

Alasan yang diberikan ialah isterinya bekerja dan ada pendapatan menyara diri sendiri dan anak, sedangkan semua perbelanjaan rumah (termasuk sewa rumah, belanja dapur dan persekolahan anak) ditanggung si isteri.

Adakah sah perkahwinan yang dinikahkan jurunikah luar (dari negara jiran) yang tidak mendapat pentauliahan daripada kerajaan?
 
SAYA sudah berkahwin dan ada dua cahaya mata. Sebelum berkahwin, saya berzina dengan suami sehingga hamil. Kami bernikah ketika kandungan saya masuk bulan keenam.

Sekarang saya benar-benar menyesali keterlanjuran dulu. Bagaimana caranya untuk saya bertaubat? Adakah anak pertama saya mesti dibintikan dengan Abdullah? Adakah menjadi kesalahan jika dibintikan dengan nama suami? Jika anak itu ingin berkahwin kelak, adakah bapanya boleh menjadi wali?
Jun 24, 2009
Category: Agama
Posted by: admin

BARU-BARU ini seorang rakan memberitahu pandangan seorang ahli agama mengenai sembahyang jamak yang dibaca dalam sebuah rencana.

Katanya, menurut artikel itu, walaupun sembahyang jamak dan qasar adalah kemudahan untuk dilaksanakan pengembara, tetapi dalam dunia moden ini konsep sembahyang jamak boleh digunakan dalam keadaan tertentu di tempat sendiri.

Contohnya jika jadual kerja seseorang individu itu terlalu penuh (seperti dua mesyuarat berturut-turut pada waktu petang sehingga mengambil masa lama), dia boleh mengerjakan sembahyang jamak (contoh Zohor dan Asar).

Sebenarnya itu kali ketiga saya mendengar pendapat seperti itu. Malah, sebelum ini seorang pelajar universiti Islam turut memberitahu, seseorang boleh mengerjakan sembahyang jamak sebelum memulakan perjalanan jauh (melebihi dua marhalah atau 90 kilometer).

Soalan saya, adakah sembahyang jamak dan qasar memang dikhususkan untuk pengembara saja? Boleh Datuk beri penjelasan mengenai pendapat itu?
Jun 24, 2009
Category: Agama
Posted by: admin

SAYA berusia 23 tahun dan baru memulakan kerjaya selepas tamat pengajian di pusat pengajian tinggi. Ketika belajar, saya mempunyai seorang teman lelaki dan hubungan kami bukan setakat bercinta tetapi lebih mirip seperti suami isteri selama tiga tahun. Duit pinjaman pelajaran dihabiskan dengan bersuka ria dan menyewa hotel.

Kami pernah ditangkap khalwat di Kuantan tetapi perkara itu kami rahsiakan daripada pengetahuan keluarga kerana malu. Saya cuba menyembunyikan ‘keakraban’ hubungan kami daripada keluarga. Bukan sekadar di hotel, malah kami juga melakukan hubungan seks di rumah ibu bapa (jika saya berkunjung ke rumahnya atau dia datang ke rumah ibu bapa saya) apabila ibu bapa tiada di rumah.

Namun, langkah kami kecundang apabila saya ‘tertangkap’ abang sendiri ketika berada di kampung. Walaupun dimarahi tetapi kerana sayang, saya masih meneruskan hubungan dengan teman lelaki. Malangnya kini ibu bapa teman lelaki tidak mahu menerima saya sebagai keluarga mereka.

Saya benar-benar buntu dan mula hilang arah apatah lagi apabila memikirkan saya sudah menyerahkan segalanya kepada teman lelaki saya. Malah, saya dapati teman lelaki sudah mula berubah, sering marah-marah dan cuba menghindari saya. Setiap bulan dia meminta separuh wang gaji dan jika tidak diberi, dia mengancam mahu memutuskan hubungan.

Saya makin tertekan apabila mengetahui dia ada teman wanita lain. Fikiran saya benar-benar buntu, saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya benar-benar sayangkan dia dan tidak mahu kehilangannya. Saya sudah menulis surat pengakuan pada keluarga teman lelaki menceritakan keadaan sebenar tetapi mereka tetap menolak saya mentah-mentah.

Saya amat menyesal dengan keterlanjuran saya dulu dan setiap kali selepas solat saya menangis. Apakah yang harus saya lakukan sekarang?
Jun 24, 2009
Category: Agama
Posted by: admin
Bolehkah seorang ayah menjadi wali bagi anak perempuannya yang luar nikah?
Jun 24, 2009
Category: Agama
Posted by: admin
Previous page: BERITA HARIAN  Next page: Penajaan 

center

© Copyright 2004-2010 - CMS Made Simple

This page has been viewed 2740 times