JAWI RCS V 5.0

Hubungi Kami

Arkib Ilmu

Page 1 of 6  > >>

Jun 24, 2009
Category: Agama
Posted by: admin

APAKAH hubungan di antara anak halal dengan anak yang dilahirkan hasil hubungan sulit dengan wanita seperti perempuan simpanan?

Walaupun secara biologinya mereka berkongsi bapa sama, adakah mereka boleh dikira adik beradik jika si bapa dan perempuan simpanannya bernikah kelak?

Adakah anak luar nikah mempunyai hak sama seperti anak yang dilahirkan melalui perkahwinan yang sah?

Hal ini menjadi sulit kerana si bapa lebih mementingkan kebajikan anak luar nikahnya dan semua keperluan mereka dipenuhi, termasuk menyara kehidupan mereka anak beranak.

Alasan yang diberikan ialah isterinya bekerja dan ada pendapatan menyara diri sendiri dan anak, sedangkan semua perbelanjaan rumah (termasuk sewa rumah, belanja dapur dan persekolahan anak) ditanggung si isteri.

Adakah sah perkahwinan yang dinikahkan jurunikah luar (dari negara jiran) yang tidak mendapat pentauliahan daripada kerajaan?
 
Laman Utama

Jun 24, 2009

Hubungan anak halal, haram

Hubungan di antara anak yang sah dan anak yang tidak sah taraf (sebapa) dikira sebagai bukan mahram, lalu mereka harus membatasi pergaulan dan aurat mereka, walaupun secara biologinya mereka berkongsi bapa sama.

Namun daripada segi agama, mereka tidak sama daripada segi biologi kerana seorang terhasil daripada hubungan yang tidak diiktiraf agama. Keperluan anak yang tidak sah taraf perlu juga dijaga oleh si bapa atas tanggungjawab.

Bagaimanapun, hak anak sah taraf lebih menjadi keutamaan. Hak anak yang sah dan tidak sah taraf adalah tidak sama, terutama sekali dalam hal perwalian nikah dan pembahagian harta.

Hukum pernikahan di luar negara adalah sah daripada sudut agama walaupun dinikahkan jurunikah luar negara yang tidak mendapat pentauliahan kerajaan Malaysia, dengan syarat:

  • Pertama — pernikahan itu mengikut rukun nikah.

  • Kedua — pernikahan itu melebihi dua marhalah jaraknya dari tempat asal.

  • Ketiga — tiada keputusan mahkamah yang menghalang wanita itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.

  • Keempat — pernikahan itu dilakukan wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan, di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Daripada sudut perundangan negara kita, ia tidak diiktiraf sehingga didaftarkan semula di sini.
  Next page: TESTIMONI 

center

© Copyright 2004-2010 - CMS Made Simple

This page has been viewed 10991 times